28 September 2009

Salam Aidilfitri

Raya tahun ni, raya pertama kami beraya di Kuala Pilah, raya kedua pulak balik ke Kemaman dan Kuala Terengganu. Kat Pilah, cuma 3 family je yang balik, kami, akak n dudy. Yang lain akan balik pada raya kedua. Kira adil la tu, 3 sana, 3 sini!

Yang ni kenangan kat rumah uwan, ambil gambar kat tangga ada sentimental value skit!!!


Sempat lagi pose, kami 2 je!!Tahun depan insyaallah bertiga pulak:)


Ini kat rumah pusaka Kuala Terenggan, dengan abang ipar n biras2.

Masa raya ke-2, saya sakit2..Ingatkan nak bersalin. Kalo bersalin, anakku cop Terengganu lah jawabnya. Tapi, saya tahan je, suami bagi sokongan dan banyak membantu...kuatlah semangat. Maybe sebab banyak berjalan n perjalanan jauh dalam kereta. Alhamdullilah semuanya selamat!

16 September 2009

My Baby....




Doktor mengesahkan yg kandungan saya adalah songsang semenjak minggu ke 24 lagi. Tapi saya tidak begitu risau sebab kata doktor, kedudukan baby akan sentiasa bertukar dari masa ke semasa. Tapi bila saya scan untuk minggu ke 34, kedudukan masih sama. Saya memang terkejut dan hanya mampu berdoa pada tuhan agar baby selamat dan sihat.Kedudukan baby adalah complete breech. Mcm kat dalam gambar. Pastu saya terus search internet untuk tambah ilmu dan pastikan saya benar2 faham. Inilah hasil nya :
Pada waktu inilah terasa begitu pentingnya lawatan berkala ke klinik dan pentingnya teknologi ultrasound. Pengetahuan seorang bakal ibu berkaitan kedudukan bayi songsang juga penting bagi persediaan menghadapi apa jua situasi.Salah satu tujuan penting pemeriksaan ibu mengandung ialah untuk mengesan kedudukan janin. Lebih 90% bayi dilahirkan dalam kedudukan normal iaitu kepala keluar dahulu. hanya sebilangan kecil mungkin berkedudukan luar biasa sama ada songsang (breech) atau melintang (tranverse lie). Pada peringkat awal kehamilan, adalah biasa sekiranya kedudukan bayi tidak stabil dan sentiasa berubah-ubah atau berpusing-pusing di dalam kelongsong kandungan yang dipenuhi cecair amnion. Apabila mencapai 8 bulan atau 34 minggu kehamilan, barulah bayi akan berkedudukan tetap iaitu kepala ke bawah menghala ke arah pintu rahim dan saluran peranakan. Hanya sebilangan kecil sahaja yang berkedudukan luar biasa sehingga saat tiba untuk dilahirkan. bayi songsang akan menyebabkan punggung atau kaki keluar dahulu. Risikonya, kerumitan ini boleh merosakkan otak dan saraf bayi akibat kekurangan oksigen dan boleh membawa kepada kematian.Semua jenis kedudukan yang luar biasa mungkin menandakan sesuatu masalah sama ada pada ibu atau pada bayi. Janin dalam kedudukan luar biasa ini akan mengalami risiko lebih tinggi berbanding dengan janin dalam kedudukan normal. Begitu juga dengan kadar kematian bayi adalah lebih tinggi di kalangan janin songsang. Untuk mengatasinya, adalah sangat penting kedudukan janin dikesan serta disahkan normal ataupun tidak sebelum ibu melahirkan anaknya. Punca kedudukan luar biasa juga penting diketahui kerana ini mungkin disebabkan oleh sesuatu penyakit. Untuk mengatasi sebarang masalah kecederaan atau kematian sama ada bayi atau ibunya, janin songsang ini perlu dilahirkan secara pembedahan sesarean kerana ini lebih baik dan lebih selamat.Kakitangan perubatan yang terlatih khususnya doktor pakar perbidanan atau doktor perubatan serta bidan terlatih boleh mengesan masalah kedudukan janin di peringkat tujuh hingga lapan bulan. Kadangkala timbul juga masalah dalam memastikan kedudukan janin dengan hanya merasa perut dengan tangan. Kesukaran ini mungkin disebabkan oleh wanita tersebut terlalu gemuk, khususnya pada bahagian perut atau ibu yang mengalami masalah terlalu banyak air dalam kandungan. Menentukan kedudukan janin banyak bergantung kepada kemahiran dan pengalaman kakitangan perubatan atau bidan yang memeriksa. Walaupun demikian, adakalanya orang yang mahir dan berpengalaman pun masih membuat kesilapan dan tidak dapat mengesan kedudukan janin yang sebenar. Jika timbul sesuatu keraguan mengenai kedudukannya, lebih baik menggunakan cara lain.Hari ini satu cara yang kerap digunakan untuk menentukan kedudukan janin dalam kes yang meragukan ialah dengan menggunakan ultrasound. Pemeriksaan cara ini sangat selamat dan tidak ada bahaya bahangan atau radiation. Pemeriksaan ini juga memberi maklumat lain yang agak penting mengenai janin seperti degupan jantungnya, kedudukan uri dan alat ini juga boleh mengesan beberapa jenis kecacatan pada bayi.Sesetengah kedudukan songsang tidak ada sebab yang nyata. Kita terus tidak mengetahui apa puncanya walaupun berbagai-bagai cara dilakukan untuk mengesannya. Keadaan ini mungkin timbul dari pihak ibu atau janin itu sendiri ataupun kedudukan uri yang luar biasa. Ibu yang telah banyak kali melahirkan anak lebih kerap mengalami masalah ini kerana otot-otot di bahagian rahim dan perut menjadi kendur. Keadaan in juga boleh berlaku akibat keganjilan bentuk rahim yang mungkin telah wujud secara semulajadi. Boleh jadi juga ada ketumbuhan dalam rahim seperti fibroid atau ketumbuhan di kilang ovari, atau tulang rongga punggung ibu terlalu sempit. Janin pula mungkin mengalami masalah timbunan air dalam otak atau hydrocephalus, janin tanpa otak atau anencephalus, janin kembar, sama ada kembar biasa atau kembar siam. Kedudukan luar biasa janin juga mungkin disebabkan oleh kedudukan uri tidak normal. Biasanya, uri terletak di belakang janin, tetapi kadang-kala berlaku uri terletak di hadapan janin yang dikenal sebagai placenta praevia. Keadan ini sangat bahaya kerana ia boleh menyebabkan tumpah darah yang banyak dan janin tidak boleh langsung dilahirkan secara normal kerana uri menyekat saluran peranakan.Untuk mengetahui punca kedudukan janin tidak normal ini beberapa pemeriksaan dan ujian mungkin dilakukan. Pemeriksaan ini termasuklah pemeriksaan kemaluan untuk menentukan keadaan rongga tulang punggung, disusuli dengan pemeriksaan X-ray pelvimetry untuk menentukan sama ada saluran rongga punggung sempit atau tidak. Ujian ultrasound juga penting dilakukan untuk mengesan kedudukan uri, ketumbuhan dalam rahim dan kecacatan janin.
Terdapat satu kaedah iaitu ECV bagi memusingkan kedudukan bayi ke kedudukan yang betul. Walaupun pada keseluruhannya memusingkan kedudukan janin songsang adalah selamat jika di lakukan dengan teliti oleh orang yang mahir dalam bidang ini, namun terdapat juga beberapa bahaya yang mungkin timbul akibat perbuatan itu. Antaranya ialah berlaku premature labour atau kelahiran sebelum waktunya, tumpah darah, kematian janin dalam rahim atau kecederaan pada rahim. Dengan adanya kemungkinan risiko tersebut, kini ramai doktor pakar pebidanan teragak-agak atau tidak setuju langsung memusingkan kepala janin. Ada juga yang percaya jika janin itu dipusingkan ada kemungkinan ia akan berpusing balik kepada kedudukan songsangnya. Janin mungkin akan lahir cara biasa setelah berpusing sendiri kepada kedudukan normal di saat-saat terakhir sebelum lahir. Sebahagian besar janin dalam kedudukan songsang boleh lahir dengan cara spontan tanpa pembedahan. Doktor akan menilai dengan teliti sama ada janin itu terlalu besar atau rongga punggung ibu boleh memuatkan kelahiran bayi. Walaupun demikian, bagi janin yang kedudukannya songsang, kelahiran secara pembedahan sesarean mungkin dilakukan. Pembedahan dilakukan apabila anak terlalu besar dan saluran rongga punggung ibu sempit khususnya jika kandungan itu sulung dan ibu bermasalah seperti berpenyakit darah tinggi atau kencing manis. Bagi ibu yang mengalami kehamilan melintang kerana kedudukan uri di hadapannya, tidak ada jalan lain untuk melahirkan anak selain dibedah sahaja. Ibu ini perlu dimasukkan ke hospital lebih awal daripada tarikh yang dijangkakan lahir; biasanya satu atau dua minggu sebelumnya. Ini adalah untuk mengelakkan sebarang masalah bersalin di rumah. Ada kemungkinan tali pusat atau tangan bayi akan terkeluar dahulu. Kedua-dua kejadian ini akan menyebabkan kematian janin dalam rahim melainkan pertolongan cemas secara pembedahan diberikan dengan segera.Oleh itu, setiap ibu yang mengandung khususnya mereka yang telah melaluinya beberapa kali perlu mendapat jagaan waktu mengandung dan pemeriksaan sejak awal lagi. Di peringkat tujuh hingga lapan bulan pula, pemeriksaan sangat penting untuk menentukan kedudukannya. Jika didapati kedudukan janin luar biasa, janganlah tergesa-gesa menemui bidan atau pengamal perubatan tradisional untuk memusingkan kedudukannya. Nasihat dan rawatan sewajarnya dari doktor pakar perbidanan adalah penting dalam hal ini. Akhirnya jika dinasihatkan oleh doktor menjalani pembedahan kerana kedudukan janin luar biasa ini, janganlah sekali-kali membantah kerana ia adalah untuk kebaikan diri ibu dan juga anak yang dikandungnya.



*Semoga bayi saya selamat, sihat walafiat...Saya perlu redha dengan ketentuan ilahi.


Love,
Aida n Najmuddin

08 September 2009

Kesabaran

Saya sebenarnya bosan skrang ni. Tak leh nak duk diam. Duduk rasa sakit, berjalan rasa letih, tdo rasa tak lena. Hmmmm......tensen pun ada. Dah 8 bulan ni, terasa sangat la.Serba rasa tak kena. Tambah-tambah di bulan poser ni. Setakat ni rutin harian saya adalah memasak setiap pagi untuk bersahur.Letih dan tak larat, kena kuatkan jugak semangat!Tiap hari saya kena pikir, pagi sok nak masak ape ye....Kan best kalo hubby saya makan ape saje dengan penuh berselera. Tak la saya sedih melihat dia makan. Saya terpaksa la masak ikut selera dia yang memang membuatkan saya tak lalu untuk makan. Nak buat mcm mana ye???Sabar jelah kan.Saya kerap juga meleleh air mata sejak mengandung ni. Macam2 tersirat di hati tak sape tahu. Baby tau la agak nya!!Tapi tak leh nak faham lagi. Buku kat bawah ni abang saya n kakak ipar bagi. Thanks you brother n sis!!Jauh datang nya buku ni, dari Miri, Sarawak.Buku ni memang bagus dan banyak bagi panduan untuk mereka yang bakal bergelar ibu. Hope ape yang di baca dapat lah dilaksanakan...Huhhhhh ape la yang aku duk merapu ni. Waktu ni, baby saya tidak bergerak2 dalam perut.Tdo ke? Kena push dia supaya bergerak. Kalo poser, memang dia tak berapa nak gerak. Ksian baby....



Love,
Aida n Najmuddin

Hospital Putrajaya


Semalam saya n hubby g survey tempat utk bersalin. Memandangkan baby masih tidak berpusing lagi, jd saya pun try la g Hospital Putrajaya. Smpai kat sana, dia suruh amik surat kat klinik yang biasa buat rawatan. Saya trus g checkup, scan n dapatkan surat doktor. Masa scan, baby still duduk di tempat yang sama. Baby tak nak pusing-pusing lagi ke.Ksian kat mummy!Berat baby sekarang dah 2kg. Berat mummy pulak turun 2 kg.Maklumlah kan, mummy kan poser. Lepas dapat surat, saya ke Spital Putrajaya. Daftar untuk bersalin. Nurse tu cakap, just for register nama je, bkn booking, sebab tempat terhad. Nasib la kalo ada kekosongan. Jadi saya pun risau jugak la kan. Rupanya, Hospital Putrajaya ada juga sediakan yang special. Buleh pilih doktor pakar, wad, checkup dengan doktor pakar pilihan. Ada 3 doktor, saya pilih yang perempuan tu, malulah nak pilih yang lelaki:P Saya n hubby pun try la yang special tu. Nampaknya, layanan memang 1st class. Kalah spital private!Saya harap dapat lahirkan anak dengan selamat dan dengan cara paling mudah.

Love,
Aida n Najmuddin

02 September 2009

Cuti Panjang Sempena Merdeka

Sempena cuti merdeka ari tu, kami balik kampung Kemaman.Perjalanan tak la jauh sangat, lebih kurang 3 jam je. Tu pun saya dah lenguh2. Kira agak lama gak la cuti kali ni, tu yg dpt balik jauh. Dah lama tak balik kampung Hubby, ksian Hubby!!Smua adik beradik hubby ada balik sama, dapat la berkumpul.Wah, ramainya baby kat umah mentua saya ni....nampaknya makin bertambah2 pulak!Beza la dekat rumah mak saya, tak de baby pun. Semua dah besor panjang. Kiranya baby dalam perut saya ni memang dinantilah oleh semua orang kat umah mak saya.Agak-agaknya macam sapa la rupa baby dalam perut saya ni...Tak kisah la, asal selamat, cukup sifat sudah. Ini jugak kali pertama saya buka poser di tempat orang, kalo dulu setiap minggu msti nak balik kmpung. Makan masakan mak saya, lauk2 favorate tu!Kat sini, apa yang saya nak makan tak de jual. Kena simpan dalam ati, suh mak saya masak:) Saya dan baby harap dapat poser penuh kali ni, tapi hari tu dah terbuka sehari. Sebab saya kekurangan air....jadi terpaksa buka. Rugikan!!Dalam hati saya pujuk baby agar belajar bersabar.Anak mummy msti sabar, kuat dan tabah tau!
 Bersiar-siar di Bulan Ramadhan


Sambil-sambil tu, sempat gak saya n hubby gi zoo.Dkat kemaman pun ada zoo tau!RM5 je masuk.  Ada monyet, burung, beruang, ular, dan yang penting...Jambatan Gantung ni.Tinggi la tangga dia tu...lenguh kaki!Kat zoo ni jugak ada Taman Tema Air.Dasyat gak kan!!

 




















There was an error in this gadget