22 November 2009

Ulang Tahun Pertama Perkahwinan

Today, genap setahun berkahwin dengan Mohd Najmuddin. Kejap je rasanya. Pejam celik dah ada Adib Naufal kat sebelah. Dalam usia muda ni aku dah ada anak beb!Tapi aku tak menyesal pun, sebab serba serbi dah rasa lengkap. Rumah jer kami tak beli lagi:( (Yg ini kena take time, sbb tak tau nak bermastautin kat mana lg) Berkahwin tak sama mcm bercinta...mana best?Jawap ye kengkawan. Buat aku yang telah bercinta selama 6 tahun, baru berkahwin msti la kata bercinta lagi best. Masa belum kawin tak libatkan keluarga, cuma kita berdua je penentu kebahagian, tapi bila dah kawin ni semua kena fikir. Cubit paha kanan, paha kiri pun terasa! 1st anniversary ni aku ada kat umah mentua aku kat kemaman. Semalam umah mentua aku banjir, abis ooo...tp mlm td ms aku smpai air dah takde.Arini sesi membasuh umah ler. Sebaik umah 2 tingkat, kalo umah kampung aku yg tak bertingkat tu?????tdo atas almari ler jawapnya. Malamnya kami makan pizza jer la sambut anniversary, takkan nak pi mkn seafood pulak, aku dah ler tak leh makan lg..tgk jer la jawapnya. Tu pun dalam ujan2 bawak si tocit umi sekali. Tak kisahla mana2 pun...aku tak kena masak kira sudah cukup baik oooooo.


Saya dah jadi isteri dan umi kepada 2 lelaki.


1st anniversary


Lepas majlis kahwin...

Love,
Aida n Najmuddin

20 November 2009

45 Day

Saya dah selamat abis pantang. Yahoooo....tapi sebenarnya tak de la berat sgt pun pantang ni. Cuma masa saya duk kampung tak tahan la, panas. Tekak rs nak telan aiskrim n air batu. Tdo malam panas, kena bubuh aircond dual kat rumah aku ni. Patutlah abang aku kata - apa kata kita buat projek aircond besar2an. Dalam bilik je tak cukup...Betul gak. Kat kampung aku bantai pakai suar pendek, orang datang je baru sarung kain batik. He he he. Adib nampaknya tak berapa serasi dengan kepanasan, ruam. Sebab duk aircond memanjang ler ni. Sebaik umah uwan-uwannya ada aircond! Anak baik saya ni nampaknya dah makin bujang. Tapi still tak nampak macam rupa sapa, tak sabar rasanya. Weekend ni kami akan balik Kemaman. Ada kenduri, next week pun lik raya aji balik lg Kemaman n Kuala Terengganu. Akak, along, bily akan beraya kat Pilah. Tahun lpas raya aji aku dah balik Pilah, lagipun mak takde tahun ni. Kalo tak harus aku berkejar mau balik Pilah.

Umie....adib nak susu ni.


Wooo......steady bro!

Love,
Aida n Najmuddin

10 November 2009

Setelah sebulan....

Dah lama saya tak updated blog. Byk cerita nak share tp malas. Arini, saya dah ada kat umah sendiri sensorang. Mak saya dah g Mekah, tunaikan ibadah haji malam tadi. Sedih je hati saya ni, bila saya masuk bilik yg mak saya duduk...saya nangis. Teringat mak saya, saya nangis. Mak saya dah jaga saya sejak saya lahir hingga saya melahirkan anak! Saya belum lagi menjaga mak saya. Masa saya bersalin mak saya jg saya mcm puteri, makan berhidang, siapkan air panas utk mandi, potongkan kuku saya,tukarkan pad, basuh berak kencing saya masa saya belum kuat, macam2 lagi. Sesungguhnya tiada tandingan pengorbanannya. Suami saya pun tak layan saya mcm tu. Saya juga rasa sunyi coz rasanya sejak saya belajar, kerja saya telefon mak saya lebih 5 kali sehari. Saya harap mak saya selamat pergi selamat balik. Saya juga nak ambil cuti selama sebulan lagi. Tahun depan baru nak start keje. Tak kirala ada gaji ke tak, asal saya dapat jaga anak saya hingga mak saya balik. Pastu nak bawak mak saya g jenjalan, cadang nak g mana ye, tapi mak saya suka sangat g Bandung n Jakarta. Dulu saya rajin bawa mak g jenjalan kat KL, skarang kena upgrade la....Bawak mak ke negara2 jiran:)




Adib Naufal- sekarang sudah sebulan. Muka dah berubah, kulit berubah....Tapi sangat baik, tak menangis malam, tak banyak ragam. Juga sangat kuat menyusu dan mengopek! Terpaksa la saya bagi puting. Cian Adib, kecik g dah isap puting. Mujurlah Adib ada. Boleh jugak saya berborak dengan dia....





Love,
Aida n Najmuddin
There was an error in this gadget