29 April 2010

Sokong Isteri Anda

Hari ni dan semalam aku tak balik tengahari. Susu banyak lagi serta teramatlah takut untuk menempuh jem dan mencari parking. Tambah lagi takut sebab skrang dah bawak kereta manual. Pencapaian terbaik untuk diri aku. Harus di tepuk-tepuk tangan dan diberi penghargaan ni. Sebelum ni langsung tak boleh bawak kereta manual, ater amik lesen pon 3 kali baru lulus. Memang fail la bab ni. Tapi kali ni, aku kuatkan jugak semangat, dan demi suami tercinta. Aku pasti boleh! Bila suami balik kerja, slalu mengeluh sakit kaki, kaki kremm. Kesian aku nengok, tambah pulak skrang ni 12 jam berdiri, pastu menempuh jem. Adoiii aku sayang laki aku tau!

Dan kerana kereta Myvi Hitam Manual itu adalah nama aku, dan byr bulanan yg teramat murah serta hutang dah tak banyak aku nekad tak mahu jual kereta tu. Kalau nak jual pon, pasni mesti beli kereta lebih besar dan bulanan semurah kereta Myvi tu jugak. Boleh ker??? Ater mana lah laki aku nak kaut duit sebanyak tu kan?

Cadangan aku lagi adalah mahu membeli motor kapcai. Tak tertanggung rasa derita mahu mencari parking kat opis tu. Sangat sedih dan seksa sangat rasanya. Tolonglah belikan aku moto buruk........

Tapi, lain pulak jadinya!Motor lain yang dibeli. Pump aku masih bolehlaa berjalan lagi. Cuma tak la syok sgt sbb slalu problem, dan mekanik aku (en suami) lah tukang repair.  Mlm td asben aku dah decide mau beli moto ini. Hari ni aku dah order Medela Freestyle. Next week sampai, insyallah... Tu my hubby, I love u much dear!!!!Dulu-dulu tak pernah terpikir pon nak beli natang ni, dah dkat 7bulan anak aku baru nak beli. Perlu menggunakan semaksima mungkin ni..

Sekarang ni aku tgh kira berapa hari lagi la nak dapat natang ni yer, tak sabar ni!!

27 April 2010

Silent Mode

Dah lama tak update blog. Baru ada mood....

Ada banyak cerita, tak tau mula dari mana. 1stly asyik tukar layout blog, sampai kacau semuanya!Aduh....aku pon satu hal, tak de keje cari keje. Sampai aku tak jumpa cari sign out bar. Gila. Dushhh, sekarang ni jer hasil yang dapat. Masih belum puas hati. Tunggulah aku expert dulu. Belum habis study lagi ni. Nanti boleh jadi cikgu kepada yg br nak mula blog. Boleh ke?????
Hi hi hi....berangin jadi red mummy!

01 April 2010

Mereka Semakin Kejam

Hampir 6 bulan berlalu, setiap detik amat bermakna. Dari hari ke hari dia makin membesar, semakin bijak, cerdik. Kurniaan tuhan ini terlalu hebatkan? Bagaimana mereka tergamak mendera apatah lagi membuang di tempat2 hina. Sungguh kejam. Rasa sangat sedih bila melihat anak kecil itu didera, hingga koma dan bakal cacat untuk selamanya. Manusia apakah ini, binatang pun tahu sayangkan anak. Apalah yang anak kecil itu tahu selain menangis...mengapa dia dilayan sebegitu?
*
*
*
*
*
SEDIH (-_-)




There was an error in this gadget