18 May 2010

7 Bulan 210 Hari

Barang yang aku tunggu-tunggu akhirnya tiba juga. Setiap hari aku kira, 1,2,3,4,5............huh tak de la lama sangat, tapi rasa mcm berkurun jer. Hu hu hu! Bila dah dapat tak sabar lak rasa nak mengepam, tapi kena baca manual dulu, pastu kena rendam dengan air panas dulu. Keringkan, baru lah boleh guna. Baca punya baca, step by step. Banyak gak kompenen dia, tak mcm pam lama aku. Senang jer, manual pon tak baca.......Petang semalam dah try pam, tp tak jadi....tak kuar pon susu. Aku mulala susah ati, kang hasben aku n mak mesti bisingnya. Beli mahal2 asal tak kuar susu pulak?????


Pagi tadi masa kat opis, aku dengan semangatnya telah mengepam. Macam nilah rupanya. Aku pakai handsfree sebab penat la kalo aku nak pegang. Pastu dengan gangguan dr makhluk2 yang nak skodeng aku perah. Grrrr.....Berasap telingga. Dah 7 bulan anak aku menyusu badan sepenuhnya. Alhamdulillah.....Aku dapat rasa apa yang mak aku rasa! Mak aku menyusukan aku sampai aku 4 tahun tau!Walaupon bekerja, tak semestinya kita tak boleh menyusukan anak sepenuhnya. Tak kisah lah sapa yang jaga anak kita, kalo kita nak anak kita menyusu susu kita, kita pasti bolehh!!!!Dan sepanjang 7 bulan ni, kadangkala susu pon macam ombak. Ada pasang surutnya. Ada masanya sangat banyak. Tapi sekarang dah ok, konsisten jer. Makanan yang menambah susu badan macam jantung pisang, pegaga aku akan makan banyak-banyak.
Bila dah dicampor kedua-dua botol tu, dapat la hasilnya macam gambar kat sebelah ni. Anak aku minum 2 kali kalo banyak macam tu. Dia lebih kuat makan dari menyusu. Pastu, kalo nak ada anak kita mesti rajin mencari info tentang anak dan kehidupan seharian. Maklumlahkan, anak pertama ni tak de pengalaman. Selain dapat dari orang-orang tua atau mereka yang berpengalaman kita bleh tambah info dengan "search kat internet".
(Tengah nak cari warmer pulak, senang aku drive mak panaskan susu. Warmer ape yg bagus eh?)

Piala Pusingan

Award ni diterima dari Mama Danish yang sungguh baik hati sudi share award dia.

Thanks Yana:-*

Pasni kena post hadiah untuk Danish yang comeii itu.....

12 May 2010

Sesi Mengenal Diri

Cik Mimi telah mentag aku. Aku pon tengah buntu ni. Bleh la merapu sekajap.

1. Apa yang anda akan buat bila anda tahu kawan anda tikam belakang anda?

-Diam dah berfikir sejenak, dimana salahku....



2. 6 orang dihati anda?

-Anakku


-Suamiku


-Makku


-My Big Family


-Family In Law


-Kawan-kawan yg rapat








3. Anda rasa anda kacak comel?

-No....





4. Single or taken?

-Taken







5. Blog yang mana anda suka?

-Blog kengkawan la...yg rajin update.



6. Adakah bilik anda kemas setiap hari?

-Sekarang dah ada tukang sepah, tiap pagi tak leh kemas. Si kecik tu masih tdo :-*



7. Lagu yang terakhir anda dengar?



-Lagu merapu Salleh Yaakob kat Sinar.



8. Last text message

-Ok





9. Last phone call?

-Baru sekajap tadi.Mak, Adib dah bangun ke?


10. Hari terakhir anda menangis?

-Tak ingat, dah ada anak jarang menangis. Asyik layan telatah anak, yg buat aku sentiasa senyum!






11. List 5 warna kegemaran anda?

-Purple


-Gold


-Silver


-Black

-White







12. Orang yang terakhir anda ber'YM' ?

-Sha, Shariza





13. Game yang anda paling suka?

- Dinner Dish


14. Adakah anda peminat MCR?



- Tak minat langsung.



15. Apa perasaan anda masa jawab tag ini?



-Belasah jer!!







16. Anda rasa tag ini best?

-Boleh la.......









17. Tag lagi 10 orang.



1.
2.

3.

4.
5.

6.
7.

8.

9.

10.





Sapa yang free, jawablah.......

Penghargaan Untuk Ibu

Rasa belum terlewat untuk aku mengomel tentang Hari Ibu. Mula-mula mod xcited nak post ni, tapi tenet yang terlalu slow. Haiiihh, tensen. Tak jadi la nak upload gambar.

Selamat Hari Ibu untuk Mak, Mak Mentua, Kakak, kakak-kakak ipar, biras-biras, kawan-kawan, dan semua wanita yang bergelar ibu, mak, mama, mummy, umi!

Tahun ni aku dah jadi Umi, sangat seronok!
There was an error in this gadget