26 July 2010

Rindu Selalu


Bila pegi keje, mesti rindu ngan Dobot ni!!Hrmmmmmm....

22 July 2010

Muka Buku

Jom layan cerita bersiri ni!

 Anak umi dah pandai membaca ke?
Bercakap pun belum, gigi pon ada 2 batang jer!
Adib buat ape tu?
Aik??Gelak sorang-sorang sambil baca buku ye!
v
v
v
Menyanyi lah umi!
Mary had a little lamb, it face so fleece...bla bla....

v
v
v
 
Hmmm....bosan lah....susah nak eja!

v
v
v

Eh, baru perasan ada kamera lah!
Umi ni kacau jer....
v
v
v


Zoom skit tengok anak umi ni :)
v
v
v
v

Eh macam menarik jer kat belakang ni. Meh tengok skit!Wow, banyaknya benda....

v
v
v



Tinggal dulu la buku, ni lagi beshh.........

v
v
v


Ok, ambil balik buku ni. Lepas baca mesti tutup. Umi cakap kalau tak ilmu terkeluar.

v
v
v



ok dah, abis.....tutup buku!
Sekian, wassalam.


 

16 July 2010

Kisah Susu Ibu Vs Susu Formula

Macam biasa, kisah anak bujang kesayangan hamba! Aku dah takder cerita lain melainkan ini dan ini ajelah kisahnya!Kalau nak cerita pasal anak bujang ni, tak leh abis sehari. Terlebih over maknya ni!Kesian kat orang yang membaca blog aku ni, msti termeluat!Ah...lantak la. Awal bulan Julai, bermulala kisah sedih anak bujang yang terpaksa minum susu formula. Aku dah tak de pilihan lain, terpaksa mencampur susu formula. Sebab tak boleh kumpul susu dengan banyak. Lagipun, aku memang tak buat stok langsung, walaupun aku cuti bersalin selama 3 bulan!Menyesal sangat-sangat!Masa tu tak terpikir pun keadaan mcm ni akan berlaku. Aku dah beli Medela Freestyle supaya aku dapat kumpul susu sebanyak mungkin. Makan macam-macam supplement utk dapatkan banyak susu. Nampaknya hanya mampu bertahan selama 9 bulan utk fully breastfeed. Tak pelah, syukur pada tuhan sebab dah melalui 6 bulan secara ekslusif. Mula-mula aku bagi Adib susu Enfalac A+, dia langsung tak nak. Bila aku rasa, alamak susu tu memang tak sedap langsung!Aku pon pegi beli Enfapro A+. Mula-mula dia nak, tapi lepas tu abis merah muka Adib. Kali kedua bagi dia dah tak nak susu tu. Kena je pipi, terus merah-merah muka. Aku beli la dutch lady, dumex, lactogen. Hanya Dutch Lady jer yang Adib suka!Yang lain dia rasa jer dulu,pastu terus nak termuntah. Kesiannya anakku!Aku dah senang hati bila Adib suka Dutch Lady, tapi.........lepas jer minum abis merah-merah muka dia!Even susu tu tambah dalam nestum pon akan jd merah. Konsider alergik susu lembu!So aku pon beli la Isomil, Anmum n Mamex Gold. Bila bagi Isomil, terjeluak dia minum!Geli geleman anakku tengok botol susu.

Punyala tak sedap susu tu!Bagi Anmum n Mamex Gold pon dia tak nak. Pastu dia demam!Tak nak menyusu even direct feed pon tak nak. Merajuk ke protes la tu. Kesian anakku. Masa tu, aku rasa sedih sangat!Lepas dia baik demam, aku dapat la buat stok susu utk 1 minggu. Pastu pasrah tawakal jer sambil membeli susu NAN PRO 2 Hipoalergik. First time bagi dia nak susu tu, second nak lagi, lagi dan lagi...serta tak merah-merah muka dah!Alhamdulillah!Adib memang memilih dari segi makan minum nampaknya, juga alergik. Sebijik macam Daddy dia.....

01 July 2010

Perkembangan Terkini


Salam,

Dah lama aku tak tulis blog. Punyala malas nak menulis blog,haiiii......
Sekarang jugak aku sangat sibuk. Atas meja tak lagi clear macam dulu. Bertimbun-timbun kertas, kadang-kadang nak cari handpon pun tak jumpa. Perkembangan terbaru juga, sudah tak dapat balik lunch  hour. Ada 2 sebab, satu sebab tak cukup masa, kedua pulak si kecik yang dah pandai nak ikut!


Lately jugak, mak aku kena jaga uwan yang dah sakit-sakit tua. So terpaksa ambil cuti untuk jaga si kecik. Kadang-kadang aku bawak jer si kecik gi opis, sambil member-member opis menjadi baby sitter!Ho ho.....kesian anak aku! Aku juga serabut, tak leh fokus ngan kerja, menjadi pelupa.


Cadangan pertama, bila tau mak dah tak leh jaga aku nak antar taska aje. Taska dekat area Presint 14. Dua hari lepas dah review keadaan taska dengan mak. Aduhai.......ramainya!Adib nampak gumbira jer, tak de nangis-nangis pon sebab ramai kawan. Tapi, tengok keadaan taska tak pelah. Mekasih aje buat masa ni.

Cadangan kedua, ambik bibik. Abang aku memang membebel sebab aritu dia nak bagi bibik kawan dia aku tak mau! Pok, lepok sikit muka aku ni! Lain kali pikir bebaik........

Sekarang, duk diam-diam. Bibik dari Medan itu dah dapat dihubungi dan insyaallah. Sebulan dua lagi dia mai la kot!Harap-harap semuanya baik belaka. Oh ye, tentang dokumentasinya???Aku bkn lah pandai sangat ni.....Nantilah aku tanya yang pakar + menggunakan kuasa veto Pejabat. Boleh gitu??

Dah jom kita tengok gambar Adib ni! Bila umi dia balik keje dia akan melompat-lompat dalam walker, sambil menjerit-jerit riang gembira!Haiihh sayang, umi sanggup buat apa saja demi kamu!Lepas didukung akan peluk dan cium umi sambil miming menyanyi-nyayi. Sukanya!



**Tengah terpikir-pikir nak cari carrier yang agak bagus dan tak sakit badan. Tak larat nak dukung da budak 10 kg ni!
There was an error in this gadget