27 October 2010

Alza


Cantik tak kereta ni? Saya suka!Sebab dia 7seater. Agak besar. Nampak cam Jazz!Nak membeli Honda Jazz@Fitt memang tak mampu. Yang ni ok kot. Tapi, agak mahal jugak ni......
Hmmmm.......bila naik kete En Herul, wah!!I like. Berkenan sungguh hati ngan keadaan dalaman dia. Tapi apakan daya, hanya mampu mengidam jer. Telan air liur jelah ye Puan.

25 October 2010

Upin Ipin



Dulu, bila nampak Upin Ipin dia tengok je. Tanpa respon. Tapi sekarang, akan melekat kat tv. Bulan puasa siarannya hanya 15 minit kat TV9, dia tekun je. Saya memang ada niat nak beli dvd utk dia,tp niat tertangguh-tangguh. Jumaat lepas, Saya pon beli la dvd Upin n Ipin. Buka n terus tengok dalam bilik. Bila saya buka, terkejut tgk anak tekun tak bergerak sampai abis. Alahai sukanya hati!!Minat sungguh dia dengan Upin Ipin ni. Disebabkan 1 je dvd yg dibeli so, tengok la ulang-ulang. Sehari sampai 10 kali. Adohaiiiii.......
Layan je lah anak...





24 October 2010

Hati Jadi Sayu

Usai kerja ke hulu ke hilir bertanya pasal rumah, kami singgah di McD Puchong, tiba-tiba hati saya jadi sayu. Dalam hati, kalau Adib ikut dia mesti suka. Merujuk kembali kami pernah ke sini, dan Adib bermain dgn playground. Dia gembira. Sekarang pantang nampak mainan, pasti menjerit-jerit. Kalau umi n dedi tak bagi, diam je. Belum pandai memberontak lagi, tp berpusing-pusing badan tgk mainan, mata tak lekang tengok sambil tunjuk tu....

Aku rasa nak nangis jer saat itu, terkenang Adib duduk di rumah. Buat masa ni aku belum pernah pon berpisah dengan lebih dari 12 jam. Tak sanggup!!!

Rumah Kami

Sebenarnya, ni lah yang Puan Aida dan En Din sibukkan ke hulu hilir. Dalam proses membeli rumah ini. Sebenarnya tak rancang pon nak beli, tapi lepas Abg Long En Din balik dr Europe, kami ajukan pertanyaan ini. Dan hasil perbincangan, mereka suami isteri setuju menjual kepada kami yang tak de duit ni=)

Makanya, kami tak tidak berpengetahuan langsung hal-hal rumah ni ke hulu ke hilir bertanya itu dan ini. Kiranya belum selesai lagi prosesnya sekarang, dan tertangguh hasil dari pengumuman bajet 2011!Watttt.......sebabnya kami mahu juga penjimatan semaksimum mungkin. Sapa mau rugi beb!
Kalau lah kami rancang nak beli rumah ni dari awal, tentu aku berjimat-cermat. Tak lah aku berpoya-poya di website airasia, tiap minggu ke Ariani, Adib Naufal yang ada 5 stroller!Aduiiii....sekarang aku rasa cam nak lelongg semuanya. Nak beli rumah bukan cam beli kereta, silap-silap aku jual jugak lah kreta kompot aku tu. Bibik: haaa.......ni minah indon aku mau guna 1thn ajer kot. Menyampahhh!

Ok, itu jelah cerita utk kali ni.....

zzzzasss layan!
Dah 7 tahun aku ke sini, tak terpikir pon akan jadi hak milik aku..

12 October 2010

Teringin

Sebenarnya teringin utk berblog setiap perkara.
Tapi apakan daya.......
Keadaan tidak mengizinkan.

06 October 2010

OFF TO KUCHING

Esok pagi nak fly ke Kuching. Hadiah Hari Jadi Adib Naufal dari Dedi. Tiket dah menghampiri usia setahun. Cam agak suprise je bunyinya. Tapi Umi tak begitu bersemangat. Kepala otak memikirkan macam-macam. Tak pelah, atleast merilekskan otak. Kami sekeluarga juga jarang dapat duduk rehat lama-lama sekarang. Daddy bekerja 30 hari sebulan.......seminggu jumpa kadang-kadang kurang 4 hari. Misi mengumpul aset sedang gigih dilakukan. Mungkin memerlukan pengorbanan. Sama ada tenaga atau batin. Abaikan letih, penat dan takut. Rezeki Allah yang tentukan. Kita perlu berusaha dan tawakal. Insyaallah!

#Isi kandungan sudah merepek~~

Selamat Hari Jadi Anak

4-10-210

Selamat hari lahir Adib.
Tiada hadiah mahal dari umi, sekadar sekalung doa Semoga Adib jadi anak yang soleh.
Tidak tergambar dengan kata-kata perasaan ini tatkala menerima berita kehadiran Adib.
Sepanjang setahun membesarkan Adib, syukur pada tuhan semua dipermudahkan Allah.
Juga limpahan rezeki yang tidak terhingga tatkala kehadiran Adib.
LOVE ADIB NAUFAL

There was an error in this gadget