29 December 2010

Bersedia Kah Anda

Lagi 2 Hari 2011. Bersediakah anda????


-Untuk Melangkah ke Tahun Baru-
Mestilah kan? Nak ke tak nak ia akan menjelma juga.
So, bersedialah menghadapinya.

-Untuk Bertukar Itu dan Ini-
Aku harap untuk bertukar ke Kementerian lain.
Tapi JPA tak bagi apa keputusan pun lagi.
Tunggu je lah jawabnya.
Dalam hati setiap hari menghitung. Dan berdoa.

-Untuk Mengandung Lagi.....????????-
Tiada halangan, bibik ada jaga. Tapi, bagi aku biarlah dulu.
Bagi aku Sekurang-kurangnya gap 3 tahun.
Takut ooo mau mengandung, bersalin!
Sakit ceaser ni pon masih terasa lagi.


Kawan-kawan sekalian????

Pembantu II

Selain Hayati@Bibik : saya ada seorang lagi pembantu kecik! Dia ni bleh suruh amik itu dan ini.
Haiiyaaa manyak syokk ooo. Aiseh bertambah gemuk la aku jawabnya.

Tolong umi ambik remote.....dia pun jalan terkedek-kedek.

Tolong umi ambik handbag.....jap g dia belasah semua beg yang aku susun.
Salah yang ni, patah balik amik yg lain. Sampai betul!

Tolong bagi bibik yg ini......dia pun pergi bagi bibik.


Bila umi balik keje, dia pun berlari kejar umi. Pastu duk baring atas katil...."mi nenen".

Adib semakin cerdik!Suka main bola....nampak je benda bulat "ball" belon pun ''ball''...

Burung "bet". Asal pegang pinggan = mamam. Nampak roti =mamam. Roti adalah fevret dia.

Suka tengok upin ipin, Animal Planet. Kucing haiwan fevret dia.....
Kalo dah start berjalan nak berlari je keje!Ishk basah ketiak umi dan daddy kejar dia.

Sekarang aku dah malas nak makan kat luar. Keadaanya di luar kawalan. Baik masak makan kat rumah. Adib suka makan mee, mee hon, spageti. Semua aku sumbat. Asal dia makan.


13 December 2010

Join Contest Mammy Poko

Gambar ni di ambil kat Alamanda. Saje suka-suka sebab murah. Beli pampers mammy poko, byr RM48 dan join contest. Adib masa ni not in mood. Moody.....:(

Mula-mula nangis, puas la nak pujuk-pujuk. Tak de satu pun gambar dia yang dia senyum.
 Suruh berdiri pun tak nak. Adooiiii.......

Banyak gak gambarnya. Adib pakai baju fireman. Tapi lepas pilih punya pilih, mahalnya. ...
Rupanya bukan kami jer yang tertipu, ramai lagi.
There was an error in this gadget