21 June 2011

Hari Ini

Dah lama tak bersedih. Huk huk.....pilu sungguh hati bila memulangkan kunci rumah lama ke BPH. Tak tau la kenapa, hati sedih sangat. Walaupun baru 2 tahun ++ jer duduk rumah tu. Bila tengok rumah tu kosong, terbayang-bayang anak sedang bermain dan membesar. Hiba sangat hati aku bila tengok rumah ni kosong. Tak tau nak cakap la perasaan ni!
Ruang tamu tempat kami makan dan tengok tv
Master bed room tempat tido kami.

Dapur tempat aku masak

Balkoni tempat termenung

Dan ni tempatnya....

20 June 2011

Bulan Yang Sibuk

JUN 2011:

1) Rezeki tak pernah terpikir, dapat kuarters teres.Pindah rumah dari atas langit ke bawah tanah.
     -Ulang alik ke BPH, Syabas dan TNB. Rumah lama kena kasi setel jugak.

2)Bibik sakit mengada. Adib terpaksa datang opis ngan umi dia. Kesian my son!

3) Family Day Pejabat yang sangat seronok!Drive ke Port Dickson bersama anak tercinta sahaja:(
    *Dapat Blackberry Bold III kasi terus ngan hubby.

4) Berita gumbira, berjaya interview ke Wisma Putra. Alhamdulillah.

5)Trip to Beijing. Hotel tak booking lagi, transport semua tak booking. Visa Adib baru buat.
   
Nota kaki : Ada beberapa hari lagi nak ke Beijing, aku berdebar je nak bawak Adib yang lasak without pakai travel agent.Percutian backpakers ok!
There was an error in this gadget