19 March 2013

Ipad Mini + Katil Adib

Sejak launching ipad mini, laki aku super sibuk nak beli menatang tu. Aku mcm tak berapa nak suka. Ipad dah sedia ada, iphone lagi...tak puas lagi ke? Ishkk ntah ler. Cuma yang bagusnya laki aku ni kalo aku tak kasi memang dia tak beli. Kesian jugak sebab banyak betul yang dia nak beli aku tak bagi. Dia tak penah plak melawan. Nak beli itu ini kalo aku cakap tak payah dia tak beli.Bertaun-taun la dia mengulang aku tetap kata tak payah:) Aku? Bila cakap jer nak beli itu ini cepat jer dia tunaikan permintaan....ishk ishk iskhh!Sabar ye lah kan dah dapat bini cengini keras apa bleh buat. Birthday hasben dekat dah ni. Ujung bulan ni. Nak beli yang ni ke adoi mahal jugak ni....mintak maap ler tak mampu acik!Beli kek sepotong sudah. Payah sangat buat jer sendiri save bajet!ha ha ha!


Ni permintaan aku lom ditunaikan lagi. Salah satu sebab nak bubuh celah mana sebab dlm bilik aku tu dah tak de ruang. Anak nak bertambah ni tak kan nak tidur bawah pulak. Sakit badan la pulak. Adib pun dah pandai tido sendiri, tak payah susah buat susu, pakai pempers tepuk-tepuk bagai. Jadi aku berkenan sangat dengan katil ni.  Laki aku kata kang silap-silap dia yang kena tido kat katil tu!!ha ha ha....sabo jer la.

11 March 2013

Alkisah Mimpi

Malam semalam mimpi dah nak bersalin. Cam biase, air ketuban pecah +turun darah. Sama macam Adib dulu. Tapi aku punyalah marah dan tak nak bersalin lagi sebab baru 32 minggu.Meraung-raung gitu. Ada ke bengap nak beranak pun tak nak.Ha ha ha!!!

 
Mengenang mimpi tu balik jer rumah aku siap packing barang-barang aku. Barang-barang baby tak lagi sebab belum berbasuh pun. Nampaknya hujung minggu ni kena buat aktiviti mendobi. Huh seram okeh. Sambung balik citer pasal mimpi ngeri aku tu.Pastu aku bersalin kat KL yer....kat Hospital Pantai Cheras. Kah kah kah..padahal baru melawat anak buat aku warded last week kat situ. Eh jangan dilayan mengarut semua. Paling best bil bersalin tu cecah 10ribu. Gagau tepon abang akak aku, wehhhh tolong bayar adik ko nak bersalin!!Esok ganti, jenuh plak ASB n Tabung Aji tak bleh korek time cuti. Cisss sabo jer aku. Mainan setan sungguh.

07 March 2013

Buaian Berendoi



Bila tak de keje, duk google....alahai cantiknya!Macam nak raja gitu. Teringin gak nak buat majlis macam ni, tapi....ermmm( ^____* sambil tgk akaun sana sini, korek-korek* kena tengok bajet dlu yer. Dah macam nak terima menantu ok!Insyallah, untuk anak kedua ni akan cuba buat majlis di rumah sendiri. Tapi tak de glamour camni. Tak mampu gitu!Ahakssss....
Jom kita layan gambar, harga maut-maut semuanya ni(^____^)

Cantik tak?
Dah macam pelamin kan?
Berkenannya.....adeh jatuh cinta mak!

 
Yang ni pun sweet jugak.
Lawanya!!Suka sangat-sangat...



 

04 March 2013

Tadika/Preschool

Salam,

Ni cerita mengenai pencarian tadika untuk Adib. Sejak duduk dengan bibik langsung tak nak pergi tadika. Bila sebut jer pergi school memang dia meraung la. Lagi pun umur dia tahun ni baru 4tahun. Tak pela, enjoy your time sleep....dah sah-sah la Adib ni ikut mak bapaknya yang kuat membuta. Pukul 11 baru bangun. Camne nak pi sekolah tu?

Lama gak la aku fikir-fikir. Last-last aku pujuk dia pergi Drawing Class. Sejam jer kot sambil aku tunggu dia. Alhamdulillah dia seronok dan rasa nak pergi lagi. So sekarang dia nampaknya sangat enjoy dengan Drawing Class dia dekat Global Art.Kelas seminggu sekali jer kot. Tapi 2 jam.....Bila balik rumah bukan main semangat lagi melukis.

Pastu aku cuba pulak bawak dia ke Program Intan dekat CIC. CIC depan rumah jer kot. Tapi so far aku rasa CIC tu biasa-biasa sajer. Keep survey nak hantar dia tahfiz. Maklum la anak-anak zaman sekarang tak sama macam zaman dulu-dulu.Kita yang mencorakkan pendidikan dia. Jadi didiklah sebaik mungkin.

Dekat Putrajaya ni susah nak cari yang betul-betul islamic.Yang berjenama mcm Smart Reader, CIC, Little Caliph dan banyak lagi la. Bila tengok subject n silibus yang ditawarkan semua lebih kurang jer. Jadi aku n hasben survey dekat area Bangi. Tak pelah jauh skit. Janji dia menawarkan program yang bagus. Setakat ni aku survey Tadika ABIM dan Tadika PASTI. Bagus juga silibus dia. Siap ada tahfiz, kelas bahasa arab. Wah memang jatuh cinta mak.Tapi semuanya penuh. So kena tunggu tahun depan baru boleh masuk. Hmmmm sabar jer la. Sekarang teruskan kelas melukis dan program intan tu yer anak!! Ni hasil pergi kelas melukis. Oklah, dia semangat!

Lukisan pertama
 
 
Teacher akan duduk sebelah setiap kali kelas.
Katanya nanti nak lukis camni. Amboi dah jadi pelukis kang payah pulak!
 

01 March 2013

4D Scan&3D Scan

Salam..

Semalam aku pergi scan 4D dengan Sonographer yang glamour. Sapa lagi kalo bukan Jezzlyn. Sebenarnya aku dah booking online 2minggu sebelum pergi. Kali ni memang berhajat nak buat scan 4D. Sebab apa, sebab kali ni pregnant aku buat checkup kat Klinik Gomen. Free dan jarang-jarang dapat scan. Dulu masa anak 1st, checkup kat Hospital Pakar An-Nur, Bangi. So everytime checkup memang asyik scan jer. Sampai aku pun tak minat nak buat 4D. Jezzlyn ni memang bestla. Harga RM120. Sebenarnya banyak lagi tempat murah. Dekat Vision Collage, 4D scan cuma RM80 jer. Belakang tempat keje husband aku jer padahal. Pastu dekat Klinik Jameaton, Seri Kembangan pun murah RM100 jer. Bezanya kalo pergi buat dekat Klinik Jameaton, kita jumpa doktor. Bukan Sonographer. Tapi sebab aku memang nak sangat try sonographer glamour ni, aku pergi juga dekat Klinik An-Nisa, Seri Kembangan. Dia memang bestla. Pandai pujuk baby. Even baby tengah syok tido. Penat dia kejut, aku pusing sana sini untuk suh bangun, tak bangun pun!Adehh anak.....45minit aku scan. Sebab nak kejutkan baby dalam perut. Pulak tu, kaki tangan, tali pusat smua atas kepala. He he he.Last-last baby alihkan kaki n tangan dia skit-skit. Tali pusat pun dia alih. Sekejap jer dia alih. Dapat la tengok mukanya, even tengah kroh-kroh!!Rasanya muka cam Abang Adib masa baru lahir. Berdagu runcing, berhidung kenit!He he he....tak sabar plak nak tengok dia lahir.Gender??Owh suspen gak mula-mula. Sebab tetiba dia cakap tu nampak dua...dua apa???Owh saje je suspen. Confirm baby Girl. Huh kalo tak jenuh plak duk beli kaler pink banyak-banyak tu. So far, lepas 4D scan semalam semua keadaan ok, air ketuban cukup, uri ok. Baby memang comel jer, tak besar pun. Jauh nak dibandingkan masa mengandungkan Adib. Dia tak pernah pusing ke bawah. Breech, low placenta.....Semoga Allah makbulkan doaku untuk bersalin normal. Aminnnnn!


Berdagu runcing. Macam muka dedi ke ni?

Nyenyaknya tido.

Kroh...kroh....smpai ke sudah tak  bangun. Nasib boleh alih kaki tangan tu:)


 
There was an error in this gadget