04 March 2013

Tadika/Preschool

Salam,

Ni cerita mengenai pencarian tadika untuk Adib. Sejak duduk dengan bibik langsung tak nak pergi tadika. Bila sebut jer pergi school memang dia meraung la. Lagi pun umur dia tahun ni baru 4tahun. Tak pela, enjoy your time sleep....dah sah-sah la Adib ni ikut mak bapaknya yang kuat membuta. Pukul 11 baru bangun. Camne nak pi sekolah tu?

Lama gak la aku fikir-fikir. Last-last aku pujuk dia pergi Drawing Class. Sejam jer kot sambil aku tunggu dia. Alhamdulillah dia seronok dan rasa nak pergi lagi. So sekarang dia nampaknya sangat enjoy dengan Drawing Class dia dekat Global Art.Kelas seminggu sekali jer kot. Tapi 2 jam.....Bila balik rumah bukan main semangat lagi melukis.

Pastu aku cuba pulak bawak dia ke Program Intan dekat CIC. CIC depan rumah jer kot. Tapi so far aku rasa CIC tu biasa-biasa sajer. Keep survey nak hantar dia tahfiz. Maklum la anak-anak zaman sekarang tak sama macam zaman dulu-dulu.Kita yang mencorakkan pendidikan dia. Jadi didiklah sebaik mungkin.

Dekat Putrajaya ni susah nak cari yang betul-betul islamic.Yang berjenama mcm Smart Reader, CIC, Little Caliph dan banyak lagi la. Bila tengok subject n silibus yang ditawarkan semua lebih kurang jer. Jadi aku n hasben survey dekat area Bangi. Tak pelah jauh skit. Janji dia menawarkan program yang bagus. Setakat ni aku survey Tadika ABIM dan Tadika PASTI. Bagus juga silibus dia. Siap ada tahfiz, kelas bahasa arab. Wah memang jatuh cinta mak.Tapi semuanya penuh. So kena tunggu tahun depan baru boleh masuk. Hmmmm sabar jer la. Sekarang teruskan kelas melukis dan program intan tu yer anak!! Ni hasil pergi kelas melukis. Oklah, dia semangat!

Lukisan pertama
 
 
Teacher akan duduk sebelah setiap kali kelas.
Katanya nanti nak lukis camni. Amboi dah jadi pelukis kang payah pulak!
 

1 comment:

RySha sHaiRy said...

bagus adib..cam nk join jgak la..best tak

There was an error in this gadget