25 April 2013

Cabaran Ketika Mengandung- Buasir, Sakit Gigi, Cucuk Dexa

Hebat cabaran mengandung kali ni. Ya, Allah memang maha kaya. Ketika awal kehamilan memang aku langsung tak mabuk, lembik bagai. Malah bertenanga dan hanya muntah sekali je time 3 bulan. Dulu masa mengandung anak 1st ada banyak kali muntah. Ketika 35 minggu aku kena buasir. Buasir teruk juga sebab dah terkeluar dari tuttttt. Adoi sakit nak mati jangan cakap la. Smpai tak leh berjalan, tak leh tido, tak leh duduk. Resah gelisah sakit gila. Lepas pegi klinik doktor bagi ubat masuk bontot, tetiba turun darah. Darah macam petanda nak bersalin. Kelam kabut dari kampung terus pegi jumpa O&G aku. Dr Mashitah dekat Pusat Rawatan Islam Azzahra. Doktor terus seluk, jalan dah lembut tapi belum terbuka. Memandangkan aku baru 35 minggu, doktor decide amik cucuk Dexa 2 dos setiap 6 jam untuk matangkan paru-paru baby. Kata orang cucuk tu memang sakit gila. Dos pertama tak rasa apa-apa pon ok!Tapi dos ke-2 aku pegi amik sendiri, mak teman. Drive la sendiri. Tak sakit pon. Tapi lepas tu rasa nak patah kaki, lenguh n kaki jadi merah bengkak n macam demam. Panas giler kaki aku....Esok nya bleeding lagi. Suspen dah.Rupanya buasir yang bleeding. Akak aku suh cari alternatif lain, maka pergi la aku laki bini ke Darul Shifa Bangi. Dapat ubat makan ala-ala makjun. Ok juga ubat ni. Adala kurang skit. Selesai 36 minggu. Lega!!!!
Time ni aku pregnant 4 bulan. Pegi jungle trekking masa Team Building. Ada la 3km menapak.
Aku kuat he he!!!Steady jer:)

Genap 9bulan 10 hari, aku dah rasa asyik sakit je. Dah 3 hari. Struggle juga tahan sakit. Tapi takmo pi spital. Fobia aku kat baby prem tak abis-abis. Kata-kata orang sekeliling masa anak 1st lahir eh baby kecik, hmmm tak cukup bulan. Memang terngiang-ngiang ok!Even masa anak aku lahir dia memang tak prem pon, tak de pon duk incubator. Sehat je.Cuma kecik ler, maklum la 36minggu ngam ngam. Dah dia nak kuar awal, kuasa Allah jugakan? Aku pon pegi la kat Pusat Rawatan Islam Azzahrah Bangi. Dah memang aku akan bersalin kat sini, jadi memang apa-apa hal aku ke sini ler. Lepas buat CTG, graf jantung baby tak berapa ok. Check jalan xbuka lagi. Jadi aku kena admit. Nurse decide nak induce. Aku call akak aku. Induce memang sakit. Masa ni aku tak call mak aku lagi, takut dia berdebar. Maklum la dah pukul 11. Akak aku dah tak senang ati. Dia suh doc buat CTG lagi. Repeat CTG 3 kali graf jantung baby dah ok. Check jalan tak buka, contraction pon tak de. Masa bidan datang nak induce, aku cakap tak nak. Laki aku pon tak bagi. So bidan tak buat sbb tunggu pakar decide. Huh selamat ko!!!! Maka bermalam la aku kat spital dengan penuh stress. Wad dah memang ala-ala 3star hotel itu pon belum dapat mendamaikan hati aku:(
 
 
Pagi baru doktor pakar datang check aku. Lepas scan doktor kata ok boleh balik!!Yeahhhh....dan harini aku keje ler. Masih drive n kuat sihat lagi ni. Kot nak induce aku pon tunggu la la awal bln 5 ke, baru aku redha. 5.5 ke, 1.5 ke...amboi nak memilih plak. Ok dah aku nak pi gantung bendera mengundi dlu ni, lom siap lagi aku berkempen nak pilihanraya ni.
 
 
Opss tadi kata nak citer buasir dah mengarut lak ni. Buasir cam biasa ada, tapi dah tak sakit. Or else memang del badan aku dah tahan sangat sakit.
 
 
*Nota kaki tak de cagu : Mungkin ada hikmah atas apa yang terjadi. Aku redha dan kuat jer!

2 comments:

ckeen re said...

Salam

Sis mkn ubat dr darussyifa tu ok x...sy br nak try...xthn tanggung skt...amik ms lama ke nak sembuh? pun sm gak 35 weeks br kena...huu

Tq

Anonymous said...

La..ko rupenyer..ak member ko kat smtkk

There was an error in this gadget