25 April 2013

Set Bersalin Tanamera, Nona Roguy, Amway

Masa anak pertama aku guna Salindah + Leesa Formula. Salindah tak sempat habis pun. Banyak giler ubat dia. Leesa Formula pulak aku guna mcm hangat-hangat taik ayam. Rasanya macam tak de apa-apa kesan pun!Membazir jer plak rasanya bila beli tak guna.Aku guna Salindah ni sebenarnya sebab akak aku yang dah guna untuk 3 orang anak dia. Anak 1st jer tak guna. Hasilnya anak sangat bijak dan aktif. Tapi bila aku tengok anak aku aktif semacam sebab kandungan merkuri dalam homeopati ni. Jadi anak ke-2 aku decide tak nak ambil Salindah semasa mengandung. So far aku rasa badan tak sekuat mana. Makan Salindah lebih bertenaga okeh!




   +








Bila dekat nak bersalin ni aku masih terpikir nak guna apa pulak. So far ramai guna Tanamera, Nona Roguy, Amway. Both rega lingkungan RM300. Masa balik Kemaman ritu sempat aku ke Tanamera Wellness Spa. Dia ada terangkan produk dia. Aku tak tertarik nak beli sebab kat situ ada jual semua benda secara loose pack. Rasanya lagi murah!Aku beli Virgin Coconut Oil + Herbal Massage Oil.Herbal Massage aku guna buat urut kaki, Virgin Coconut Oil pulak aku start minum since 7 bulan and sapu pada perut. Dah habis dalam masa sebulan. Minyak dia langsung tak panas dan berangin. Tapi bau dia segar dan berkesan. Keluar angin badan. Dulu aku penah guna Minyak Herba Nona Roguy kakak ipar beli. Aku tak suka sebab dia melekit. Abis ijau cadar n stokin. Geli pon hado!Dah tetiba rezeki aku kan, sepupu aku kirim set bersalin dia. Dia tak guna. Set bersalin yang aku nak sangat. Amway. Alhamdulillah. Terima kasih yer!!! Dalam masa yang sama aku still topup barang tanamera jugak. Jadi kesimpulan aku habis kurang dari 200 untuk Minyak Herba Nona Roguy, Tanamera punya barang. Semangat plak aku kali ni nak berpantang yer. Maklum la berat aku skit jer lagi nak cecah no 7 kat depan.
Set Amway Sepupu bagi, lengkap. Tapi minyak telon baby, minyak urut n herba mandian tak de. Sepupu aku dah guna. Yang lain dia tak usik pon.

Saje try beli kot ok. Tapi cam tak best. Lekit dan tak panas pon.

Tanamera loose pack. Minyak urut  n vco dah abis sebotol ni semua botol ke 2.

 

No comments:

There was an error in this gadget